MUSLIM ALBAB



Blog ini di namakan dengan URLnya muslimalbab.blogspot.com setelah berpeluh-peluh banyak kali mencuba untuk mendapatkan alamat yang sesuai. Kadang-kadang kita berasa kecewa apabila alamat blog yang bagus tidak digunakan sebaiknya oleh orang yang mendapatkannya. Ia kelihatan seperti rumah tidak berpenghuni sahaja... Mentang-mentanglah blogger blog (blogspot) sediakannya dengan percuma...

Tapi akhirnya saya teringat cerita Ahmad Albab filem Allahyarham Tan Sri P.Ramli di mana kisahnya berkaitan suka-duka dan ada ciri-ciri kisah islam. Apabila digabungkan dengan perkataan muslim untuk orang islam maka jadilah MuslimAlbab.

MuslimAlbab juga bermaksud Muslim = Orang Islam. Manakala Albab bermaksud pintu. Dan bila digabungkan ia membawa maksud kisah islam dari gerbang (pintu) cerita yang membawa maksud kepada pengajaran. Dari pintu itu jugalah kita akan memasuki ke dunia lain.

Lakaran bagi header blog ini asalnya saya memilih bagi meletakkan pintu di atas bukit yang tergantung tu. Tapi kurang mantop la bagi saya. Akhirnya saya memasukkan rumah. Bila dimasukkan rumah yang semestinyalah ada pintu ia lebih membawa banyak pengertian. Jadi sebab itulah rumah itu saya pilih dibelakangnya pokok di bawa ke masjid yang tersergam. Ia sebenarnya membawa banyak pengertian di dalam header blog saya tersebut.

Blog muslimalbab adalah blog yang lebih menumpukan berkenaan cerita atau kisah-kisah dari kitab-kitab islam atau karangan umat islam. Tidak saya memandai-mandai membuat cerita. Ia hanya saya baca atau dengar dan yakin dari penerimaan saya kemudian saya kisahkan di sini. Selain itu blog ini juga akan memaparkan info dan ilmu berkaitan islam. Insha-Allah selagi saya mampu untuk menulis di sini.

Buat masa ini, itu sahaja yang dapat saya terangkan. Harap ilmu dari blog ini adalah khabar gembira buat anda serta bermanfaat... Amin..!
Created with Artisteer

0 klik untuk komen:

Catat Komen

ENTRI BLOG ke E-MEL

HAIRIZAL HAMIDON

HAIRIZAL HAMIDON
Penglipurlara Islam

LABEL

IKLAN

NAK UPAH SAYA?

Dikuasakan oleh Blogger.

ANDA BERSAMA KAMI